Remaja Ditemui Tak Bernyawa, Selepas Bermain Game

Perpek Media – Seorang remaja ditemui tewas, selepas bermain permainan komputer tanpa henti ketika libur sekolah di rumahnya di Udon Thani, utara Thailand.

Lansir cempedakcheese, Akhbar Daily Mail melaporkan, Piyawat Harikun, 17, mula liburan pada akhir Oktober lalu dan menghabiskan masa lapang dalam kamar dengan permainan komputer.

Ibu bapanya berkata, Harikun begadang sepanjang malam dan kemudian menarik tirai biliknya waktu siang untuk menyambung bermain permainan itu.

Mereka akan membawa makanan ke kamarnya dan menyuruhnya berhenti, namun dia enggan berbuat demikian.

Ayahnya, Jaranwit pergi ke kamarnya semalam dan mendapati anaknya tersungkur dari kerusi komputer.

Jaranwit, seorang pegawai tentera berkata dia coba membangunkan anaknya, namun sudah terlambat.

Tim medis perobatan yang memeriksa mayat remaja itu berkata, korban meninggal dunia akibat strok, yang mereka percaya puncaknya bermain permainan komputer secara berterusan sepanjang malam.

Jaranwit mengakui anaknya itu ketagihan permainan komputer dan memberi nasehat supaya ibu bapa lain tidak membenarkan anak mereka membuat perkara yang sama.

‘Anak saya seorang yang bijak di sekolah, tetapi dia mempunyai masalah besar yaitu ketagihan permainan komputer,” katanya. (*)

Mungkin Anda Menyukai

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *